Tuesday, February 12

Amin resah.

Amin membuka bungkusan plastik yang membaluti Winston merah yang baru dibeli tadi. Dia buka, dan ambil sebatang. Nyalakan, sedut dan hembus. Fuhh...lega. Ketagihan nikotin nya terubat. Amin kembali resah. Perbualan tadi masih terngiang dalam fikiran...

"Amin, mak bukan apa..mak cuma mahukan kau bahagia. Mak tak selamanya ada untuk jaga kau, min."

"Mak....Amin tahu lah macam mana. Mak takpayah susah susah."

"Harapan mak cuma nak lihat kau bahagia min..mak pun bukannya muda lagi..kau tak kesian ke kat mak ni."

"Mak......."

"Ahhh usah mak mak lagi..kalau kau tak kahwin hujung tahun ni..kau jangan balik rumah ni lagi. Aku tak mengaku aku ada anak macam kau. Sogok lah dengan duit dinar sekali pun aku tak akan mengaku!"



Amin resah. Mak tak pernah berperangai sebegini. Tidak pernah dia bertanyakan tentang kekasih atau kawan perempuan yang Amin rapat. Jauh sekali bertanyakan mengenai perkahwinan. Apakah mak sudah gila? Atau terlalu kemaruk kan cucu? Tak silap rumah sebelah anak cik Jah dah bersalin. Cik Jah dapat cucu sulong lelaki. Kemain lagi seronok cik Jah sampai strolling satu perumahan semata mata nak tunjuk dia dapat cucu. Dasar cik Jah ni. Dasar.


Amin resah. Rokok sebatang lagi.



Hari ni, Amin balik awal dari kerja. Bos bukannya ada. Apalagi, chiao la kan. 


"Aku udah bagi satu bulan sama kamu Randy. Apa kamu nggak ngerti omongan aku hari itu?"

"Tante, aku ngerti deh omongan kamu..cuma aku masih belum bersedia lagi.."

"Aku nggak mahu dengar alasan kamu! Aku udah beri masa yang cukup panjang, dy. Sekarang kamu harus ikut kata tante!"

"Tante...aku minta tolong tante..jangan tante.."

"Malam ini jugak kamu akan menikah sama Alya!"



Amin nampak mak terbaring depan TV.
Amin dah faham kenapa.