Thursday, February 14
Ini kisah tentang Borhan.
Borhan, 22tahun, sedang menuntut di universiti terkemuka di gombak. Dia hanya seorang lelaki biasa. Hobinya tidur dan main game dota.
Namun, dia mempunyai perangai pelik.
Borhan suka ambil nombor telefon dekat belakang pintu tandas. Dia bukan berniat apa, dia cuma curious. Macam mana nombor perempuan perempuan itu boleh ada di belakang pintu tandas. Adakah perempuan itu yang tulis, atau kawan dia yang tuliskan? Atau majikan nya tuliskan? Apa motif dekat belakang pintu tandas? Tulis kat tiang highway takboleh ke? Atau pun dekat divider macam iklan paip tiub bocor ke? Curious betul dia.
"Hai. Assalamualaikum. Apa khabar saudari?"
"Kalau nak free sex, sini bukan nombor yang betul. Tolong jangan ganggu saya!"
Aik...Borhan pelik. Apa hal perempuan ni melenting. Dah la aku bagi salam tak reply. Menatang guh!
"Saudari..saya bagi salam. Tak nak jawab salam saya dulu ke?"
"Lelaki semua sama! Celaka betul la..ni kau dapat nombor aku dari mana ni?"
Aku lagi kena. Tiba tiba lelaki semua sama. Emo pulak perempuan ni.
"Ahh..maaf. Saya dapat nombor ni dari tandas dekat pump station gombak. Saya tak berniat jahat. Cuma saja nak berkawan..kalau menyakitkan hati saudari, tidak mengapa, saya minta diri dulu. Salam"
"Kalau dah nama lelaki tu memang miang! Pantang tengok ayat free sex terus nak sms call bagai. Saya tak tahu siapa perdajal nombor saya. Sial betul. Arghhh!"
Ohh...kena dajal. Kesian dia. Siapa lah yang buat kat dia macam ni. Teruk betei!
Haihh...eh mana pulak nombor telefon yang lagi satu ni...
"Hai. Assalamualaikum. Apa khabar saudari?"